Wednesday, June 2, 2021

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

 PENGENALAN

    Menurut Samsudin Md Noor, pengurusan alam pembelajaran yang membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan”. Peranan dan tugas guru selain mengajar di dalam bilik darjah adalah sebagai seorang pengurus. Antara tugasnya adalah mengurus bahan-bahan pengajaran, mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus keadaan dan situasi fizikal di dalam bilik darjah agar menjadi lebih kondusif dan selesa, mengurus setiap murid dalam melaksanakan segala tugas mengikut jadual bertugas yang ditetapkan, dan lain-lain lagi.

Menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu”. Para guru yang mempunyai kecekapan dalam melaksanakan segala tugas sebagai pengurus yang akan mengekalkan tingkah laku dan disiplin pelajar serta sekali gus meningkatkan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai. Hal ini dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Noraisah Ibni Qasim pula, “pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut”. Oleh itu, pemilihan alat bantu mengajar serta kaedah pengajaran sangat penting untuk memastikan keberkesanan PdP kepada pelajar. Kepelbagaian dalam mengurus PdP ini sememangnya akan menarik minat pelajar untuk sentiasa fokus di dalam kelas.

Guru juga merupakan seorang pengurus ketika berada di dalam bilik darjah. Antara contoh guru sebagai seorang pengurus ialah mengurus bahan-bahan pengajaran, mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus keadaan dan situasi fizikal di dalam bilik darjah agar suasana kondusif dan selesa dapat diwujudkan. Guru-guru juga akan menguruskan pelajar-pelajar dalam melaksanakan tugas mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan dan berupaya mencapai objektif pengajaran seperti yang dirancang. 

1.0 KEPERLUAN PERANCANGAN PENGAJARAN DAN 
        PEMBELAJARAN    
        [YULI YANA BT ABDUL HAMID - D20201095588]
 Perancangan di dalam pengajaran amatlah penting bagi seseorang guru itu. Definisi perancangan sebelum proses pengajaran adalah sebuah keputusan yang diambil dalam mengelola, melaksana dan menilai pengajaran (Burden & Bryd, 1999). Menurut Esah Sulaiman (2004) pula, perancangan pengajaran juga merupakan sebuah keputusan yang harus diambil oleh seseorang guru mengenai perkara yang hendak diajar dan kaedah yang digunakan oleh guru di dalam pengajaran agar pelajar-pelajar akan lebih mudah memahami topik pelajaran yang dipelajarinya di dalam bilik darjah.                     

     2.0 OBJEKTIF PENGAJARAN 
                [YULI YANA BT ABDUL HAMID - D20201095588]

                    Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang telah ditentukan dan perlu dicapai 
            oleh pelajar mengikut tahap-tahap tertentu. Ianya juga melibatkan perkara-perkara yang 
            telah dipelajari dan dikuasai oleh pelajar-pelajar meliputi pengetahuan, kemahiran, 
            perubahan tingkah laku dan sikap.
             
                 - Objektif pengajaran mempunyai dua jenis objektif yang berbeza iaitu objektif implisit 
                    dan objektif eksplisit.

       3.0 BUKU REKOD MENGAJAR
               [NURAIN NABILAH BT HASSAN - D20201093987]

                  Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3/1999 telah mengeluarkan akta tentang penyediaan 
            rekod pengajaran dan pembelajaran atau dokumen rasmi yang perlu disediakan oleh 
            para guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua unsur 
            penting dalam penyediaan buku rekod mengajar ini iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan 
            (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH).    


            Rancangan Pelajaran Harian (RPH) akan menjadi suatu dokumen untuk menerangkan setiap 
            ringkasan isi pelajaran di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dengan lebih terperinci.

               Tujuan kedua-dua unsur ini diwujudkan di dalam rekod 
      buku mengajar adalah :
                 (a) Memberi kemahiran kepada guru-guru untuk merancang pengajaran mereka dan 
                      pembelajaran dengan lebih telus. Hal ini kerana setiap isi pelajaran yang ingin 
                      disampaikan perlu bertepatan dengan sukatan pengajaran yang telah ditetapkan 
                      oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
                (b) Penyediaan buku rekod mengajar berdasarkan dua unsur ini akan memberi para guru 
                      ruang untuk menguasai isi kandungan pengajaran, merancang kaedah pengajaran 
                      yang sesuai digunakan serta membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dalam 
                      sesi penyampaian pengajaran di dalam kelas.
                (c) Oleh itu, buku rekod mengajar merupakan pelaksanaan yang amat membantu para guru 
                      untuk meningkatkan kemahiran mengajar, mencapai objektif yang telah ditetapkan dan 
                      menerapkan nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang. 

         4.0 KOMPONEN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
              [NURAIN NABILAH BT HASSAN - D20201093987]
               
                Komponen pembelajaran dan pengajaran terbahagi kepada TIGA bahagian, iaitu:


       5.0 SUMBER-SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
            [NURUL NASHUHA BINTI ABU HASSAN - D20201095451]
                
                 Terdapat beberapa jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu 
            guru-guru di dalam proses pengajaran. Antara sumber-sumber pengajaran dan 
            pembelajaran adalah bahan bercetak, bahan elektronik dan bahan maujud. Setiap bahan-
            bahan bercetak ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama 
            dalam memastikan semua murid untuk lebih memahami isi pelajaran dan mencapai 
            objektif pembelajaran.

                     BAHAN BERCETAK


         Walaupun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada sumber bahan 
              bercetak ini seperti bahan bercetak mudah didapati di dalam bentuk buku yang tebal 
              seperti buku teks. Ini menyebabkan bahan bercetak tersebut sukar dibawa kerana 
              berat dan tidak boleh disunting. Terdapat juga isi kandungan buku yang tidak mengikut 
              peredaran masa. Buku selalunya akan disunting, dicetak dan seterusnya diedar yang 
              mengambil tempoh masa yang agak lama dan telah menyebabkan tidak dapat mengikut 
              peredaran zaman.

                       BAHAN ELEKTRONIK

   

                    BAHAN MAUJUD


      Bahan maujud dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu realia, diorama dan model.



       6.0 PROSES-PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                 [NOR FADLI BINTI ABDULLAH - D20201093090]
     

        7.0 PENGURUSAN KELAS
                 [NOR FADLI BINTI ABDULLAH - D20201093090]
                    
               Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya sangat penting selain mengajar 
          dan mendidik para pelajar. Kejayaan seorang guru dalam mengurus bilik darjah dengan 
          sempurna akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bermaksud 
          satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama daripada pelajar untuk mencapai objektif-
          objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan juga termasuk dalam proses merancang, 
          mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal dalam sesebuah organisasi.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH GURU.
    (a) Membuat pemilihan dalam pembentukan sesebuah organisasi bilik darjah berdasarkan 
          persetujuan semua pelajar di dalam bilik darjah tersebut. Sebagai contoh, ketua kelas, 
          penolong ketua kelas, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa yang lain.
    (b) Meja dan kerusi pelajar mestilah disusun satu per satu di dalam kelas kemudian apabila 
          tamat sesi pengajaran dan pembelajaran para pelajar hendaklah mengangkat dan 
          meletakkan kerusi di atas meja.
    (c) Jadual waktu kelas dilekatkan pada bahagian hadapan pintu bilik darjah.
    (d) Papan kenyataan kelas mestilah mempunyai ruang untuk mempamerkan bahagian umum 
         di sudut kanan bahagian hadapan kelas.
    (e) Membuat satu carta organisasi kelas, jadual bertugas berdasarkan bilangan pelajar di     
         dalam bilik darjah, pelan kedudukan pelajar, peraturan di dalam bilik darjah, dan senarai 
         nama pelajar di sudut kiri hadapan bilik darjah.
    (f) Borang pengesahan ponteng pelajar (Borang Ketekalan Kehadiran) hendaklah diisi oleh 
         semua guru mata pelajaran.
    (g) Guru kelas hendaklah mengisi borang inventori dan melaporkan sebarang kerosakan di 
          bilik darjah ke bahagian pentadbiran. 
    (h) Memastikan para pelajar untuk beratur ketika ke makmal atau bengkel.
     (i) Memastikan bilik darjah sentiasa bersih dan kemas sebelum sesi pengajaran 
         dan pembelajaran dimulakan.

    8.0 PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR  
            [NURAIN FARZANAH BINTI MD ZABIDI - D20201093909]



    9.0 PENYELIAAN PENGAJARAN AMALI
            [NURAIN FARZANAH BINTI MD ZABIDI - D20201093909]

           



    10.0 RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)
              [NURUL NASHUHA BINTI ABU HASSAN - D20201095451]


KESIMPULAN 

    Pengurusan alam pembelajaran merupakan salah satu komponen yang penting untuk para guru dalam menitikberatkan dalam pembelajaran pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana pengurusan ini menjadi titik tolak dalam keberkesanan guru dalam menyampaikan pengajarannya di sekolah. Pengurusan alam pembelajaran penting kerana ianya mengajarkan kepada para guru untuk mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan di sekolah iaitu sebelum, semasa dan selepas pembelajaran. Pengurusan alam pembelajaran ini penting kerana setiap yang dirancang dan dikendalikan oleh guru yang mempunyai asas kemahiran dalam menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah. Apabila salah satu daripada komponen pengajaran dan pembelajaran ini tidak berfungsi ianya akan mempengaruhi dan meruntuhkan kualiti pengurusan alam pembelajaran serta mengakibatkan kegagalan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pelbagai langkah yang diambil untuk memulakan pembelajaran akan dipantau dan dinilai dari semasa ke semasa untuk mengetahui tahap pencapaian dan keberhasilan sesuatu perancangan.


RUJUKAN

Analogy, C. (2018). Pengurusan alam pembelajaran. Diperoleh daripada http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/pengurusan-alam-pembelajaran.html

 

Daniele, E. (2014). Sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah. Diperoleh daripada http://eldandanieleeldalene.blogspot.com/2014/10/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html  

 

Dr. Zahari (2019). Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada                     https://pengurusanpembelajaranangel.blogspot.com/2020/06/10-pengurusan-alam-                    pembelajaran.html?m=1

Fatimah Affendi, M. M. (2013). Definisi perancangan pengajaran dan kepentingan perancangan pengajaran. Diperoleh daripada http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/p/tentang-kami.html

 

Rosman, N. A. (2018). KPS3014 : Pengurusan alam pembelajaran. Diperoleh daripada  http://missminarmy.blogspot.com/2018/12/kps3014-bab-14-pengurusan-alam_8.html

 

Riduan Kamis. (2017). Pengurusan bilik darjah yang berkesan. Diperoleh daripada https://www.pendidik.com.my/2017/06/09/pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan/

                   
                 
                        


                     






TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

  PENGENALAN      Menurut Samsudin Md Noor, “ pengurusan alam pembelajaran yang membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, ke...